Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia ! {Part 2}
Assalamualaikum ,



“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau.” Usik Shahrizal, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum tiba lagi. Dia itulah satu-satunya sahabat sejati yang sentiasa ada dengan aku. Suka dan duka. Walaupun bagi aku, ilmu agama dia lagi tinggi berbanding aku. Kalau aku cop dia sebagai ustaz pun okey rasanya.
Aku tergelak besar. “Aku sihat. Alhamdulillah. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga kan.” Kami sama-sama tergelak. Dia dengan aku memang selalu sekepala.
“Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya. Tak nakcubanasib ke? Hehe..tapi…” Shahrizal cuba mengumpan kelelakian aku. Dia ni, tak seratus peratus ustaz lagi. Aku tarik balik anggapan aku.
“Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Tanyaku penuh minat. Maklumlah, aku pantang dicabar!
“Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak senyum langsung dengan aku. Muslimah betullah beb! Ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Jawab Shahrizal sambil cuba memperlekehkan kemampuan aku.
Aku mengerutkan dahi sambil membalas kata-katanya,
“Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan..Haha. Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha. Akan aku buktikan. Wait and see!
Shahrizal tersenyum sinis. Dia memang tidak yakin dengan semangat yang baru aku bina sebentar tadi.
“Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama! Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak‘tackle’ dia.”
Aku tersenyum.
“Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha. Okey, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’ muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.
Pensyarah sudah pun masuk. Perbincangan aku dan Shahrizal berkaitan seorang muslimah yang dikatakan mawar berduri terhenti di situ. Namun, niat dan semangat aku untuk mengayat si dia takkan pernah aku hentikan. That’s me!
********
“Assalamualaikum saudari.” Akucubauntuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. Dia keseorangan ketika itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab muslimah itu. Aku mula rasa bahagia dalam kalbu.
Yes.. ‘line clear’ punya!  Ada peluang ni..Haha..
“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau suatu hari nanti wahai muslimah. If you really want her, you shouldn’t give up!
KRING!! KRING!! Telefon genggam membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Dia lain. Entah kenapa, aku rasa lain macam.
Hatiku tiba-tiba membisikkan sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir dalam benak jiwaku ini.
Cun juga budaknya. Arggh! Bukan tu yang aku nak. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA ni dia macam tu juga? Aku akan siasat dalam diam. Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku. Haha! Hope she will be mine!
Bersambung .. :D

Hey Semuaaa ! Enjoy yaa ! hehehe . Komen jugakk :) Suka ? Like jer . :D

new past