Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia ! {Part 4}
Assalamualaikum ,


Semasa Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya.
“Lina! Lina!” Pekik aku. Lina Ziana terperanjat dan pusing ke belakang.
“La..kau Hanif. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba saja cari aku?” Tanya Lina Ziana kehairanan.
Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku tadi. Fuuuh! Penat!
“Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?”
Lina mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku. Seakan sudah mengerti akan tujuan kedatanganku.
“Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat dengan kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu melekat dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.” Panjang lebar Lina Ziana membebel. Aku hanya memekakkan telinga. Perempuan bila membebel, memang panjang! Tak tahan!
“Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Tanyaku dengan selamba. Ingin buktikan bahawa aku tidak seperti sangkaannya.
Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya kerana itulah kebenarannya. Memang sudah sekian lama aku tidak ber’dating’.
“Tahu pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku ni. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dahcuba banyak kali tapi tak dapat-dapat. Tolonglah.” Rayuku dengan wajah yang penuh mengharap.
Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku,
“Telinga aku ni salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu  ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.”
Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Lina Ziana ni asyik paku aku saja.
“Kau boleh cakap apa sajalah Lina. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I AM NOT A  PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi. Dia menyedarkan aku. Thank you!
Hatiku berbunga riang. Kini, aku akan susun strategi untuk memenangi sekeping hati milik si dia. Aku yakin! I am very sure that I really want her!
Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku. InsyaAllah. Bantulah aku, ya  Allah!
********
Siang sudah pun menutup tirai. Giliran malam menjelang jua. Bintang-bintang kelihatan indah tersergam di atas sana. Aku menadah pandangan ke atas langit. Terasa betapa kerdilnya aku. Jahilnya aku di sisi-Nya!
Aku segera masuk ke bilik kerana rasa sejuk mula menyelubungi tubuhku. Aku termenung sendirian sambil menyiapkanassignmet. Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya dengan nada gembira.
“Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak nampak pun kau keluar ‘dating’ dekat café tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perenpuan-perempuan tu dah pencen ke? Haha.” Usik Shahrizal.
Aku tersenyum bahagia walaupun dipaku rakan sendiri. Aku sedar, itu zaman jahiliah aku. Setiap orang ada zaman jahiliahnya tersendiri.
“Kau ni Rizal, aku ‘dating’ kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke? Haha. Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah. Assignmen aku, biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni? Surau?” Tanyaku ringkas.
“Alhamdulillah. Kawan aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul yang kagum dengan dia.Adaciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Shahrizal menjawab penuh girang.
Mata aku terbeliak besar. Agak terkejutlah juga dengan perkhabarannya itu.
“Betul ke ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang suruh kan? Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula rasanya. Bosan juga hari-hari solat dalam bilik ni saja.” Aku tersengih.
Rizal menggelengkan kepalanya. Pelik dengan sikapku.
“Eh Hanif, bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tukan. Haha. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada udang di sebalik batukan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal kau.” Shahrizal memaku aku lagi. Dia duduk di sebelahku untuk mencungkil misteri di hati ini.
Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar. Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’I understand that!
Aku mula menyemat tekad di dalam hati. Tekad yang pasti. Kerana Dia.
Raudhatus Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia ‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padaMu atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.

Bersambung ! :D
Hello ! Anyeong ! Sawadikap ! Konichiwaa ! Heeee ~ Ape lagi eh ? Whatever laa . Korang enjoyy takk baca cerpen nih ? Hope u're enjoyy ! Huhu . Nantikan sambungan nya esok :) 


new past