You're the best brother that I have !
Assalamualaikum ,


Apa kabar semua ? Hehe . Lama Nia takk tulis entry . Nia duk hostel . Huhuu . Oke , Malam ni Nia ingat nak kongsi sikit citer yg Nia borakk dengan abang Nia petang tadi . Setiap kata yg terkeluaqq dari mulut abang Nia tuh , buat Nia tersentuhh ! Rasa insaf japp . *bukan setakat kejap , tapi sampai sekang :D*



Tadi kitorang borakk-2 pasal masa depan yg kita tak tahu ape akan jadikk . So , kat sini , Nia nakkk sangat share dengan korang ape yg Nia kecek-2 *loghat klate!* dgn abang Nia td . Oke , sambungg entry td . :)




Tadi tiba-2 abang Nia cakap tentang masa depan . Dia cakap , kita kena set dalam otakk kita , ape kita nak jadi dalam 10tahun akan datang . So , Nia terpikir laa , Nia nk jadi wanita solehah . Dia cakap , masa dia umo 15 tahun , dia rasa betol-2 nak berubah . Berubah jadi mcm perangai arwah kakak kami . Sebab , masa dia umo 15 , arwah kakak Nia meninggal . Sebab accident . Dia laa kakak sulung paling berwibawa , bertanggungjawab and kakak TERBAIKK bagi Nia . Tapi , Allah lebih sayangkan dia . :)



Masa umo dia 15 , dia dah tekad nak control family nih . Dia nak jaga adik-2 dia . *masa nih Nia terharu sangat* Nia ada 10 adik beradik . Nia yang ke 8 . And Nia rasa Nia rapat sangat dgn dia selain arwah kakak Nia . Kadang-2 rasa bersyukur dapat abang mcm dia . Then , bila dia lepas SPM , dia dapat keputusan cemerlang . Dia dapat 10 1A , 1 2A . Dia amik 11 subjek and semua nya dia A . Sejak tu lahh dia mula rasa dia dapat control family Nia . Dia nak bagi contoh terbaik untuk adik-2 dia . Dia nak Nia jadi macam dia . Dapat straight A dalam PMR . Dia nak Nia dapat banggakan umi & baba Nia . Masa tuh rasa nak nangis je . Tapi tahan , buat-2 senyum . Hehehe . *hati Nia mudah tersentuh*




And , tiba-2 dia cakap pasal jodoh . Dia kata , dia nak cari wanita solehah . And dia dah jumpa akak tuh , family Nia pon kenal akak tuh . Tp akak tu jer yg tak kenal kami . heeee ~ Dia kawan se-universiti dgn abang Nia sebelum diorang sama-2 pegi ke Austraulia , tapi U lain-2 . Oke , stopp . Ni da masuk part PERIBADI nih ! hahaha ...



Dia cakap kat Nia yg , laki hanya akan kawen dgn wanita yg mampu mendidik anak-2nya , mampu membawanya ke syurga . So , dia warning Nia supaya jaga tatasusila Nia , jaga pemakaian Nia , jaga pergaulan Nia dengan laki . Dia cakap , kita kena ada personaliti diri sendiri . Sebelum dia jadi diri dia sendiri , dia baca buku bina personaliti diri . Kawan-2 dia perli dia , cakap mcm-2 kat dia . Last-2 , abang Nia lagi hebat dari diorang dari segi personaliti . Dia cakap , nanti dia belikan buku tuh 1 tuk Nia . Hehe .



Dia cakap , ramai org ckp yg perempuan yg bertudung labuh , berjubah nih kolot . Tak moden ~ kekampungan . Tapi bg dy , tu lahh lagi bagus daripada perempuan zaman sekang nih . Perempuan zaman sekang pakai tudung disebabkan fesyen . Bukan kerana agama . Dan kadang-2 ada yg pakai tudung , tapi baju lengan pendek . Dia paling bimbang kalo Nia jadikk macam tuhh . Dia taknak Nia masuk nereka . Dia dah byk kali pesan , jaga pemakaian , pergaulan . So , kalo Nia x dengar jugak , Nia boleh heret dia ke dalam nereka sekali dengan Nia sebab Nia x tutup aurat . Sedih Nia dengar ayat dia . huhuhuhu.... Dia cakap , perempuan yg bertudung labuh laa yg akan membimbing dia . Dia ckp dia bukannya alim sgt . Tp bagi Nia dia alim . Huhuhu.. Nia nakk sangat jalan-2 kat mana-2 sambil bertudung labuh . And , kalo boleh , nakk berpurdah sekali ! heeee ~ Tapi purdah tade jual kt sini . huhuhuhu... So , InsyaAllah , Nia akan try bertudung labuh ! Doakan Nia eh ?



Banyakk lagi dia cakap . Tapi Nia dah letih nak taip . Panjang sgt . huhuhuhu.. Ape pon , dia laa abang TERBAIKK dlm keluarga Nia selain abang yg sorang . Abang yg sorang ni terbaikk jugakk . Tapi garang ~ lalalala ~ Jangan marahh ye pihh ? Kikikikiki . Oke laa . Perut Nia pon da lapar nih . Siap buat konsert nih . Heheee ~ Ape pon , amik laa pengajaran dalam citer nih . Bukan Nia nak banggakan abang Nia , Nia just nak kongsi ape yg patot dikongsikan , betol takk ?



notakaki : Nia harap entry Nia kali nih tak menyakiti hati sape-2 . Kalo ade yg terasa , Nia mintakk maap . Nia pon manusia jugakk . Ade buat salah . Huhuhu . Sori eh ?







new past